Now Playing Tracks

Pangkor Revisited

25 Feb 2011,
Jam 5.30 ptg


“Aru, mgu ni buat ape? jom camping memane”

“Ok je, sape lagi?”

“Aku kau aku kau, 4 org..layan”

“Aku no hal.”

“Jap aku try contact ahlul qariah yg lain”

26 Feb 2011,
Jam 1.00 pagi

Bermula pergerakan ke Pulau Pangkor, Perak. Hanya kami bertiga; aku,Aru dan juga Ayub, ahli qariah yang lain tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain.  Dengan menaiki Perodua Myvi bernombor pendaftaran  BHU8500 kepunyaan Ayub. Selepas segala kelengkapan untuk berkhemah dan makanan disediakan serba serbi, kami bertolak.

Kalau dikira jarak perjalanan dan juga masa bertolak adalah terlalu awal bagi kami. Kerana dari Klang ke Lumut mengambil masa kurang lebih 3 jam atau 2 jam sahaja bermakna kami akan sampai jam 2 lebih. Jadi Ayub selaku pemandu kereta memandu kereta dengan perlahan dan penuh penghayatan sambil melayan lagu dari frekuensi radio 96.7. Sambil kami bersembang kurang rancak sebab Aru dah ngantuk.

Dalam setengah perjalanan diri ini sudah rasa mengantuk, encik pemandu juga begitu disebabkan cara pemanduan yang sangat syahdu, kami berhenti seketika untuk menyegarkan diri dan menyambung perjalanan dan kali ini saya terlelap seketika. Ayub dengan pantas memandu kereta dengan laju sebab dia juga sudah mengantuk.

Jam 4.15 pagi


Kami tiba di Jeti Lumut. juga masih dikira awal kerana feri ke Pulau Pangkor tidak beroperasi jam ini. Jadi kami melepak sahaja di Lumut Waterfront sambil menghirup udara dinihari di Lumut. Jam 5.30 kami bergerak ke Masjid Lumut dan tidur seketika sementara menunggu azan subuh.

Setelah usai solat subuh kami pergi memakir kenderaan di hadapan Lumut Waterfront dan bersarapan di restoran mamak dan membeli beberapa keperluan yang masih kurang.

Beberapa masalah timbul disebabkan kekurangan bahan untuk masak BBQ pada malamnya, namun kami dapat mengatasi masalah itu dengan bermesyuarat dan berbincang akan solusi permasalahan ini. Perjalanan akan tetap diteruskan.

Jam 8.15 pagi

Feri yang kami naiki bertolak ke Lumut. Setelah melabuhkan punggung di kerusi feri, kami sempat menggedik dengan mengambil gambar sendiri yang memang tak boleh diterima akalku. Perjalanan feri mengambil masa kurang lebih 30 minit. Sampai di Pulau Pangkor kami mencari teksi merah jambu untuk membawa kami ke destinasi untuk berkhemah, Teluk Segadas. Tambang teksi RM10+RM5 untuk singgah beli barang (ayam untuk BBQ) di kedai.

Jam 9.30 pagi

Bersiap-siap di laluan masuk ke Teluk Segadas. Untuk ke Teluk Segadas kami perlu trekking dalam 15 minit atau pilihan lain dengan menggunakan bot. Laluan trekking perlu menaiki satu bukit yang banyak nyamuk besar. Kami perlu trekking tanpa berhenti bagi mengelak digigit nyamuk. Lebih berguna kalau anda membawa ubat nyamuk bersama.

Jam 9.45 pagi

Kami sampai di tapak perkhemahan. Mula mencari tapak yang sesuai untuk membuka khemah. Sebelum tu sempat menikmati keindahan pantai Teluk Segadas. Memang cantik. SubahanalLah~

Kelihatan ada dua kumpulan lagi yang berkhemah di situ. Satu kumpulan dari Perlis dan satu lagi kumpulan bola sepak yang sedang mengadakan mental training bersama abang PASKAL yang dah bersara.

Setelah dapat tempat yang sesuai kami mendirikan khemah dan mengemas barang-barang apa yang patut di tempat yang selamat. Sedang kami berkemas-kemas kami didatangi abang PASKAL dan kami berborak rancak tentang pengalaman beliau ketika dalam perkhidmatan. Kami asyik sampai tertangguh kerja kami.

Jam 11.00 pagi

Kami melepak sahaja dan aku sempat mandi laut sementara Aru dan Ayub enggan mandi kerana takut gelap kata mereka. Perut masing-masing sudah merasa lapar tatkala matahari memacak di atas kepala, nasib baik tempat kami pilih redup di bawah pohon rendang. Menu tengahari adalah nasi putih dan juga kari ayam. Dengan peralatan yang kurang dan serba sederhana kami berjaya memasak dan makan dengan kenyang. Selepas makan mata mula kuyu disebabkan malam tadi masih kurang tidur. Kami tidur di tepi pantai beralaskan pasir yang sangat lembut.

Jam 4.30 petang

Dah makan cukup.rehat cukup.solat pula. Usai solat mandi pantai dulu. Sambil-sambil mencari kayu api untuk membuat unggun pada malam hari. Satu lagi masalah timbul. Tiada jaring besi untuk membakar ayam BBQ. Jumpa. Tapi dah karat-karat tak elok untuk kesihatan. Cari lagi. Jumpa. Baik punya,orang tinggal. Masalah selesai.

Jam 6.00 petang

Upacara membakar ayam bermula dengan sesi menghidupkan bara api. setelah hampir setengah jam. berjaya. Ayam yang diperam dengan sos cili, sos tiram, garam, seasoning kelihatan amat menduga nafsu makan bila ia dipanggang. Selesai bakar ayam, kami solat maghrib+isyak dahulu kemudian baru makan malam. Diiringi alunan lagu dari mp3 yang aku bawa. Syahdu

Jam 10.00 malam

Sesi pillow talk bermula. Setelah bermesyuarat, kami mengambil keputusan untuk tidur di luar khemah. Barang-barang semua letak di dalam khemah. Tidur di bawah flysheet sahaja. Tiada nyamuk yang mengganggu. Sambil membincangkan masalah-masalah berbangkit disulami dengan hirupan air vico panas. Nyaman!

27 Feb 2011
Jam 6.15 pagi

Sedar-sedar dah pagi. Tapi aku kurang nyenyak tidur malam itu. Selesai solat subuh bersiap untuk masak sarapan. Menu maggi sahaja. Pantas dan efisyennya! Selepas sarapan sempat lagi mandi manda. Air laut sgt sejuk pagi itu.

Jam 8.30 pagi

Kami bersiap-siap untuk pulang. Mandi bilas badan, lipat khemah, kemas barang-barang, packing beg. Ohh terpaksa trekking lagi untuk keluar dari Teluk Segadas. Sebelum tu dah telefon uncle teksi pink ambil kami di tempat masuk dalam 15minit. berpeluh juga la trekking. Naik teksi pink dan menuju ke Jeti Pangkor.

Jam 10.20 pagi

Naik feri untuk ke Lumut. Disebabkan agak kepenatan, layan tidur dalam feri. Sedar-sedar dah sampai. Lihat jam hampir pukul 12tengahari. Ohhh lamanya feri ni. Mungkin pagi itu banyak bot-bot nelayan melintas jadi feri terpaksa bergerak perlahan. Kami sedikit tergesa-gesa kerana ingin menghadiri walimah rakan di shah alam. Sedang dalam perjalanan di Lumut saudara Adzim call beritahu mahu jumpa sekejap memandangkan dia sedang dalam latihan di tempat berdekatan.

Jam 1.20 petang

Kami berehat sebentar makan tengahari sambil borak-borak bersama Adzim. Kelihatan agak kusut dengan latihannya. Maklumlah orang baru mendirikan rumahtangga. Rindu pada isteri tercinta.

Jam yang berikutnya

ok dah malas nak tulis…selamat sampai. Agak lewat dan penat. Tak jadi ke kenduri rakan.

Kesimpulan dari trip ini

  • sila rancang dengan teliti
  • bawa peralatan yang cukup
  • bawa berbincang terhadap sesuatu masalah pasti ada penyelesaiannya
  • lantik ketua bila anda keluar bersama 3 orang atau lebih
  • minta izin bila masuk tempat orang
  • peliharalah alam sekitar jangan buang sampah merata-rata
  • *persahabatan itu tiada nilai yang setara dengannya*
To Tumblr, Love Pixel Union